Khamis, 11 November 2010

ayam hutan..

        
         Salam buat semua.ha,kali ni teman nak kongsi cerita pasal aym hutan pulak.Aym hutan ni atau nama lain gallus-gallus atau red jungle fowl memang byk kat kawasan sekeliling kita ni.cuma kita xperasan je @ xamik pot.habitannya senang je,ada hutan skit,ladang sawit,ubi kayu,bukit2,tempat xde org slalu masuk,redup,semak,gelap skit,ada punca mkanan,Insylllh ada le aym ni.Jgn xcaya ye kat kolumpo bandar yg maju pun ada aym juga.Tp ayam jenis lain le..ayam pakai gincu...hihiihi.

        Ayam hutan ni banyak khasiatnya.sebab ayam ni dlm hutan slalu merayap je.makan pun memilih.(yg sebenonya xde pilihan) dan xde lemak mcm ayam daging @ aym kampung.Ada sesetengah pengamal perubatan alternatif pula memerlukan ayam ni utk dijadikan ubat @ penawar utk sesetengah jenis penyakit...antaranya mengubati lelah,darah tinggi,tersampok dah sebagainya..Dan yang paling glamer utk ubat perot (buat rendang )hahahah...

        Bagi kaki memikat,aym hutan ni memang dah sedia maklum binatang ni dibawah akta haiwan perlindungan.maksudnya xbleh ditangkap@dibela le.sipi nak pupus kata deme..Yang hairannya,kenapa guna senapang di benarkan pulak untuk memburu aym hutan ni.Meracik,menjaring,menjerat atau sebagainya salah di sisi undang2.

Persoalannya skang,berapa peratusan org yang meracik,menjaring atau menjerat ni bley merasai daging ayam hutan ni jika dibandingkan dgn yg menembak? kat surat kabo (surat khabar @ paper ) sering kali kita terbaca kisah org mati tertembak semasa memburu ayam hutan ni.xpenak pulak teman baca org mati kena racik @ jerat ayam pulak kan...hihiihi...Ater,mana yg lebih cenderong menyokong kepada kepupusan makanan warisan tok nenek kita ni ? Ha,sama2 le le kita pikiokan ( fikirkan )ia..

Udah le tu stakat ni coretan ringkas teman mengenai ayam hutan.Insyllh,lain kali klu ada idea @ cerita menarik pasal ayam hutan,teman kongsi besama smua pembaca ia...kang komen banyak2 ada yang kena tangkap plak...hihihihi

p/s : teman bukan apa yop,tengah pikio cara terbaik utk meramaikan ( membiak ) ayam ni supaya tidak pupus agar generasi masa depan dapat mengenali haiwan ni..cewah,udah rasa mcm karam sing walia pulak..hihii

1 ulasan:

  1. teman pun terkilan juga yg kena tangkap org meracik orang yg menembak dapat bepuluh ekor 1 hari tak ada kena apa2 orang meracik kalau meracik belum tahu dapat lagi tu pun kalau ada ayam jantan yg garang je tapi kalau tembak datuk bapak ,ibu, anak , cucu, cicit habis kawan teman pegi menembak di Johor bawa balik 80 ekor 1 hari bayangkan kalau 1 bulan berape yg kena tembak meracik kalau kumpul 100 org pegi meracik mungkin dapat 20 ekor tu pun jantan yg garang masih tinggal jantan yg tidak garang mungkin undang2 di reka untuk orang yg ada senapang orang yg tak ada senapang ni org tak berduit atau pangkat banyak org susah yg meracik kat parliamen org yg ada senapang nanti nak tembak apa pulak hehehe

    BalasPadam